Merujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap ayat mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa dan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan.
1. AYAT-----Anak orang itu sedang tidur
2. KLAUSA---------Anak orang itu sedang tidur
3. FRASA---------------i) Anak orang itu ii) sedang tidur
4. PERKATAAN--------------i)Anak---ii)orang---iii)itu---iv)sedang---v)tidur
Ayat Dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis :
1.Ayat Penyata
2.Ayat Tanya
3.Ayat Seruan
4.Ayat Perintah
Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ia juga disebut ayat berita atau ayat keterangan.
Dia mekanik.
Munzir sedang mandi.
Ibu saya sentiasa bergaya .
Rumah saya rumah papan.
Ayat Tanya
Ayat
yang digunakan untuk tujuan menanya sesuatu hal. Ia diucapkan
berdasarkan nada suara dengan pengggunaan perkataan tertentu.Ayat tanya
terdapat dua jenis:
1.Ayat tanya tanpa kata tanya
2.Ayat tanya dengan unsur tanya
Contoh ayat tanya tanpa kata tanya:
1. Adik masih di sana?
2. Budak itu terlibat dengan kemalangan?
3. Dia terperanjat?
4. Dia bekerja dari malam tadi?
5. Awak hendak makan sekarang jugakah?
6. Mereka datang ke sini pagi tadikah?
Kesemua ayat di atas hanya boleh dijawab dengan jawapan ya atau tidak.
Contoh ayat tanya dengan unsur kata tanya
Ayat tanya jenis ini mengandungi unsur seperti apa,siapa,di mana,mengapa,bagaimana dan sejak bila .
1. Berapa harga kasut kamu ini?
2. Dia meninggal bila?
3. Awak datang lambat kenapa?
4. Mengapa adik menangis?
5. Keadaan ayahnya bagaimana?
6. Benda itu apa?
7. Ibunya siapa?
8. Tuan tinggal di mana?
9. Anak Mak Jemah berkahwin dengan siapa?
Walau
bagaimanapun , ayat-ayat di atas merupakan bentuk bahasa lisan. Bagi
bentuk bahasa tulisan, ayat-ayat tersebut perlu menerima partikel-kah
Ayat Seruan
Menurut
Tatabahasa Dewan(Edisi Ketiga), ayat seruan ialah ayat yang diucapkan
dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu
keadaan perasaan seperti takut,marah,takjub,geram,sakit,dan
sebagainya.Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda
seru(!) yang terletak di akhir ayat. Antara kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya
http://www.smartbees.com.my/learning/melayu/Tatabahasa3/t
http://www.smartbees.com.my/learning/melayu/Tatabahasa3/t
Contoh Ayat Seruan
1. Aduh, bisanya kaki saya!
2. Cis, berani kau ganggu adikku!
3. Wah, besarnya kereta abang!
4. Ibu!
5. Oh, Tuhanku!
6. Nah, ambil wang ini!
Ayat Perintah
Menurut
Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) dalam ms 448 /16.8.3, ayat perintah
ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menimbulkan sesuatu tindakan.
Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu, engkau dan sebagainya yang biasa digugurkan.Berdasarkan perkataan yang digunakan , ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis:
1. Ayat suruhan
2. Ayat larangan
3. Ayat silaan
4. ayat permintaan
i) Ayat Suruhan
Ayat ini digunakan untuk tujuan memberi perintah atau arahan. Contoh:
1. Keluar dari sini!
2. Awak siapkan kerja ini sekarang!
3. Pergi dari sini!
4. Keluarlah dari bilik ini!
5.Menjeritlah sekuat-kuatnya!
6.Jagalah barang-barang ini!
ii) Ayat Larangan
Ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.Contoh
1. Jangan ambil pensel dia.
2. Kamu jangan beritahuu dia .
3. Awak tak usah datang lagi.
4. Usah dikenang lagi perkara yang lalu.
Ada juga ayat larangan yang tidak menggunakan kata larangan.Contoh:
1. Dilarang merokok.
2. Ditegah berludah di sini.
iii) Ayat Silaan
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan.Contoh:
1. Sila datang ke pejabat sekarang.
2. Sila buat laporan tentang seminar tersebut.
3. Jemput minum teh yang terhidang itu.
4. Jemput masuk.
Ayat silaan boleh dilembutkan dengan menggunakan partikel penegas-lah.
Contohnya
Contohnya
1.Silalah datang ke rumah saya.
2.Jemputlah minum teh yang terhidang itu.
3.Jemputlah masuk ke dalam.
4. Jemputlah datang ke majlis perkahwinan saya.
iv) Ayat permintaan
Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong.Contoh:
1. Minta tuan benarkan kami masuk
2. Minta kamu semua bertenang.
3.Tolong tutup pintu itu.
4.Tolong selesaikan pergaduhan itu.
Salam kak, tahniah di atas kewqujudan blog kak ni. sy nak tau lebih lanjut perbezaan ayat suruhan dgn ayat permintaan. blh x kak terangkn dgn lebih lanjut?
ReplyDeleteterima kasih...berdasarkan rujukan dalam Tatabahasa Dewan, ayat suruhan digunakan dgn tujuan memberi arahan atau perintah.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama org kedua seperti awak,kamu,engkau dsbnya dgugurkan.Walau bagaimanapun kerana tujuan penegasan,subjek boleh juga dikekalkan. contoh- Engkau siapkan kerja in sekarang.Manakala ayat permintaan pula ialah ayat yg menggunakan kata permintaan spt minta dan tolong degn tujuan memohon permintaan dan pertolongan.Lihat contoh2 yang telah diberi di atas.Berbeza dengan ayat di bawah ini.Ia dianggap tidak tepat penggunaanya seperti:
DeleteSila jangan merokok
Tolong jangan ambil
Ayat suruhan dan ayat permintaan merupakan ayat perintah iaitu ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan suatu tindakan.