Bermula 2011 saya begelar salah seorang guru pelatih di IPGM Temenggung Ibrahim. Umur saya menjangkau 40+. siapa sangka umur seperti saya masih begelar guru pelatih sedangkan gelaran itu telah lama ditinggalkan lebih 20 tahun yang lalu. Semua perkara yang dipelajari sangat asing bagi saya kerana zaman telah berubah seiring dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini. Berbeza dengan zaman 20 tahun yang lalu semasa saya begelar guru pelatih. Sekarang saya menjadi guru pelatih antik. Jika ada salah silap sila maafkan kerana saya bukan budak baru belajar tetapi orang tua yang sedang belajar.
Sempena kewujudan blog saya ini diharap dapat membantu saya dan semua untuk sama-sama belajar dan meningkatkan taraf pendidikan negara kita. Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan guru yang jauh lebih muda dari saya yang membantu saya dalam menghasilkan blog ini bagi merealisasikan proses pembelajaran saya di IPGM Temenggung Ibrahim. Siapa sangka anak murid yang pernah diajar oleh saya mengajar saya semula. Ilmu itu bukan hanya daripada orang lama tetapi juga boleh dikongsi daripada orang-orang muda.
tahniah mak cik #kipidap
ReplyDelete